Sunday, November 6, 2011

Kawan alternatif

Korang ada tak kawan yang macam biskut?
Kejap ada kejap hilangkan diri.
Entah mana kurun tetiba muncul.

Aku ada sorang kawan macam tu.
Time gaduh dengan girlfriend, baru cari aku.
Kalau tak, hilang telan dek bumi agaknya.

Sakit betul hati aku. Nak kawan betul betul la.
Tak kira susah ke senang mesti keep in touch.
Bukan time bosan, serabut, susah baru cari aku.
Eeerrgghhh! Sabar je lah.

Time aku nak share cerita dengan dia, sure dia busy. Aku ok je.
Time aku busy and malas layan, dia paksa suruh aku layan gak.
Kalau tak sentap. Serious tak faham aku dengan dia tu.

Kepada yang berkenaan,
Harap kau sedar yang aku bukan sekadar alternatif kau je.
Bukan time kau nak, kau guna. Tak nak, kau buang.
Sorry kalau bahasa aku kasar. Aku dah menyampah tahap merah dah ni.

By the way, salam aidiladha :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 4, 2011

cerita ceriti

lamaaa sungguh aku tak bersiaran kat blog ni kan.
memang mood berbloging ni dah hilang.
aku lebih suka duduk diam je. twitter pun sepi.
kejap ada kejap tak ada. fb pun sama je.

meh nak cerita sikit apa yg terjadi kat aku kebelakangan ni.
aku baru je konvo 27 oktober 2011.
sekarang masih mencari cari kerja baru.
terasa nak kerja kat negeri lain.
tapi tak ada rezeki lagi.
takpa takpa. sabar je. nanti ada la kan.

so ni antara gambar masa konvo hari tu.












Sunday, September 18, 2011

Ice hockey :)

Before cerita panjang, ni adalah entry lapuk.
Nak clear pics yang bersepah dalam memory ni.
Aku snap je lepas tu sepi. Konon nak blogging.
Bila nak buat entry jadi malas then terus logout je.
Ngehh sangat la blogger tidak tegar.
Aku sekarang baca entry orang je.
Nak comment pun malas. Bacaaaa je.
So jangan ingat aku sepi dari dunia blog.
Aku cuma malas nak memperlihatkan diri. Kikikii

Ni masa aku pergi sunway pyramid dengan humran.
Rasa macam last 2 weeks kot. A day before merdeka.
1st time tengok orang main ice hockey.
Actually ni tournament. Budak sekolah rasanya.
Hebat ok diorang main. Kalau aku la.
Sure asyik jatuh terkangkang je. Heuheuehu

Time ni satu je tak best.
Ada ke patut ramai gila gay couple kat situ.
Macam mana aku tahu diorang gay?
Ok meh aku cerita.

Satu couple ni. Aku namakan A dan B.
Si A baju kotak biru. Si B baju kotak merah.
Pattern sama warna je lain.
Jeans sama. Kasut colour lain lain.
A peluk pinggang B siap merayap lagi tangan dia.
Kalau korang syak diorang gay ke tak?

Couple kedua aku namakan C dengan D.
Dua dua pakai baju long sleeve biru. Nice.
Lepas tu kasut sama new balance colour lain lain.
Yang ni aku tak nampak diorang berpeluk ke apa.
Tapi motip baju sama kasut sama?
Kalau girls lain sikit. Memang suka benda sama ni.
Tapi kalau lelaki sesuatu wehh..

Agak agak salah tak aku judge diorang couple gay?
Heuheuheuuuu.. Tujelah nak cerita..
Lenguh dah ni. Babaiiiii

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 17, 2011

aku super woman!

ok meh sambung cerita tergantung tadi..
aku bosan tunggu mechanic datang..
tu yang sempat buat entry mengejut tadi..
ni baru balik and siap edit pic nak explain kat korang.


ok sila rujuk gambar di atas.
A adalah point dimana aku sedar kereta tu ada masalah.
tapi berusaha gerak ke point B since jalan dia ada cerun sikit.
tapi kereta dah tak nak bergerak di point B.
maka aku dengan kuasa super woman menolak kereta itu ke point C.

helloo aku tolak sengsorang yeh.
nasib baik aku tak dress up voggie the vast.
walaupun nak pergi open house tapi aku pakai tshirt dengan selipar.
ce korang bayangkan kalau aku siap baju kurung dengan heels?
pitam nokkk!

luckily jugak time tu kereta dari belah sana tak ada.
tengah traffic light merah. kalau tak memang masak beb.
jalan 3 lane tu. jauh kot nak tolak sorang sorang.
tapi aku tolak jugak la masuk simpang tu laju laju.
sepatutnya aku masuk simpang depan.
ni tak pasal pasal bertapa sebelah tokong cina.
ye simpang yang aku masuk ni adalah simpang tokong cina.
aku park kereta betul2 depan pintu masuk tokong tu.
cuma aku tak tumpang sembahyang je situ.(ohh ini lawak kasar)


ingat nak tolak tepi sikit je. tapi time tu pun jem gila.
kalau aku biarkan je kereta kat point B atau depan sikit
mesti akan menambahkan kesesakan lalu lintas. (chewaah)
baik kan aku. tula sejak dari insiden tadi baru aku realise
yang aku ni super woman. hahaha

boleh bayang tak macam mana aku tolak kereta tu?
aku duduk kat seat driver la of course.tapi duduk sebelah je.
and then guna kaki and tangan kanan untuk tolak.
tangan kiri pegang stereng. seksa weh time ni.
dari bahu jalan nak ke point C tu ada cerun sikit.
so bila tolak kereta jalan terlebih laju.
aku pun kelam kabut masuk semua kaki tangan dalam kereta.
tarik hand break. fuhh selamat depan tokong ni ada pokok.
maka bertapa la aku kat bawah tu.
kalau tak mahu rentung kena panas. hahaha

call my brother. sebab ni kereta dia.
bagitahu semua, dia cakap cuba buka but kereta.
ok dah buka dia suruh tengok cable gear.
oh yeahh cable gear satu dah tercabut dari gearbox.
nak pasang balik enjin panas gila kot.
tools pun tak ada. ni gambar cable tu.


nampak tak satu tu attach kat gearbox.
satu lagi lompong dah tercabut dari tempat dia.
so aku pun tunggu jela mechanic datang.
alaa dia tu kawan abang aku jugak.
sejam kemudian, datang la beliau.
tak sampai 5 minit lepas tu jeb pun tiba.
sebab aku dah janji nak pergi open house sama sama.
actually dia dah sampai dah.
tapi dia ingat aku kat belah gym tu.
so dia kena u-turn balik. tengok la jalan pun jem kan.
so take time la.

after mechanic siap pasang balik, nak gerak ke open house.
aku trauma, tak nak bawak jauh jauh dah.
lagi pun brader tadi tu suruh abang aku bawa bengkel esok.
nak pasang betul betul sebab yang ni tak ada pelapik.
takut dia tercabut lagi sekali.
so aku tumpang jeb je. naik kereta dia.
dan terus la kami ke open house.

kesimpulan dia kat sini.
kan ada gym sebelah tu.
kalau la abang abang badan ketul gym tu nampak
aku tolak kereta sorang sorang tadi.
for sure diorang offer aku jadi duta gym tu.
gagah gila kot! super woman!
tolak wira aeroback!

-tamat-

Open house jadi aku haus!

Aku on the way to open house kawan sekolah dulu.
Then jalan sangat lah sesak berak.
Gear satu ramai ramai gear dua sedikit sedikit.
Gear tiga kaddang kaddang (bak kata p ramlee)

Drive kereta abang aku memang sedikit susah.
Manual tu tak kesah pun. Clutch ketat tu yang sedih.
Korang bayang la mesti untut kaki aku ni.
Asyik tukar gear je kerjanya yelah jalan sesak.

Tiba la time nak jalan aku masuk gear satu.
Rasa aneh. Takpe. Tekan je minyak.
Vrrroooommmmm vroooooommmmmmmm!
Haikk? Apahal kereta tak jalan ni?
Gear tak masuk kot. Agaknya la. Ok.
Tekan clutch, masuk gear balik.
Vrroroooommmm bunyi je lebih.
Sudah mati la akuuu! Memang masakkk!
Tengah jalan besar ni woooiii..
Dengan matahari memancar mancar ni.
Perghhh!!

* cerita bersambung, mechanic dah sampai ni*


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.