Thursday, December 30, 2010

piece of me!


gambar hiasan

hahaha..tajuk dah macam lagu britney spears...oh no! aku nak cerita pasal benda lain bukan pasal lagu britney.. first of all, happy new year peeps! tak payah la celebrate sangat..baik duduk rumah tengok tv aje..hehehe..

sila rujuk gambar hiasan diatas..kahkah.. kelakar je aku tengok..gambar aku mase bila pun entah..tak berapa nak ingat..rasa macam form 5..time tu badan pun tak kembang macam sekarang..so-so aje.. tu pun sebab baju besar and jalur melintang tu yang nampak besar sikit..

baju nie aku ada simpan lagi..aku ada test pakai..still boleh pakai la tapi tak nampak gelebeh dan besar macam gambar diatas..akan muat muat dan padat aje..gila kelakar..rasa tak sanggup nak hadapi kenyataan nie.. YA kawan kawan..aku dah mengembang dengan jayanya!! perkembangan tanpa kawalan mahupun sekatan!

tak tahu la nak buat macam mana..kadang kadang kaki nie sakit sangat..maybe berat aku dah makin bertambah..so kaki pun ala ala rela tak rela je nak tampung aku..so bila jalan banyak sikit, kaki sakit.. agak agak kan, kalau la kaki boleh bercakap, mesti dia dah lama maki maki aku suruh kurus.. tak sanggup dah terseksa..hahaha.. pedulik hape aku! (cewaahh)

padahal dalam hati dah menangis nangis dah.. bila la nak kurus berjaya kurangkan berat badan.. kurus tu macam susah sikit la..dapat kurangkan berat pun ok dah..sedisss ok..mencikkk badan besar..banyak dugaan dan cabaran! orang kutuk and mengata tu tak payah cakap la..itu dah confirm..yang paling menyeksakan adalah nak beli baju! errrhhhh! mencik cakap topik nie!

bila time dah sedar diri tu, ada la jugak try diet la jaga makan la..tapi sekejap ajo.. lepas tu tabiat buruk lagi huduh tu datang balik..makan malam malam buta..lepas tu tak pernah nak exercise.. ya aku pemalas! dulu time sekolah aktif, lepas spm terus stop main sukan..dan hasilnya! terbukti aku berjaya dalam pelaburan jangka panjang iaitu membesarkan badan sendiri..

korang ada tips tak untuk aku? hahaha..azam 2011 nie..sebelum convo, kena kecik sikit..tak banyak pun sikit jadi lahh..by the way, aku dah beli seluar track baru..nak bersukan semula..hahahaa!!!

Wednesday, December 29, 2010

saya menang moto



yahooooo!!! saya menang motoooooo! haha..itu trademark iklan power root ali cafe..aku bukan menang sebab join contest power root yeee.. dan aku jugak bukan nak cerita pasal bola malaysia menang lawan hendon..aku nak cerita yang aku menang GIVEAWAY FELLA CIK QAQA..

tak sangka nokk, mak boleh menang..excited gilak! haha.. yela nie first time join contest contest nie..plus aku tak pernah bertuah nak menang lucky draw ke contest isi minyak kat petronas rm30 dan menang pun tak pernah walaupun dah berjuta juta borang aku submit.. gores dan menang?? lagi la tak pernah.. eehh,ada.. zaman aku kecik kecik..

aku selalu ikut abang pergi main game kat kedai cina..kat situ ada jual kupon kertas..satu sepuluh sen.. aku selalu beli berhengget hengget taw.. pernah la menang sepuluh dua puluh sen..paling banyak menang seringgit.. tapi aku rasa tu tikam.. haram kan? ahhh, pedulik la..time tu aku tadika lagi..hehee.. mana tahu beza halal haram nie..yang aku tahu main benda tu best.. hahahaa..

second aku menang lucky draw masa farewell dinner kat mrsm transkrian dulu..lepas SPM, ada dinner and aku ter"lucky" malam tu.. padahal time tu dah emo.. sebab semua yang duduk semeja dengan aku dapat lucky draw..aku je tak dapat dapat lagi.. tapi alhamdulillah, dapat jugak.. seronok!

kemudian, tadi aku excited gilak selepas membaca blog cik qaqa... aku menang weyhhh contest ladybird tuh (sila rujuk sidebar)... happy tak terkata.. by the way, aku adalah menang kategori lucky visitor online random picker.. means aku dipilih secara rawak melalui sejenis aplikasi.. so dikira lucky draw jugak la kan.. apa apa pun, thanks too cik qaqa sebab buat giveaway nie dan jugak buat saya happy!! yaaaawwww~

Tuesday, December 28, 2010

sesi berkebun

tajuk tak boleh belah kan..banyak la berkebun..sebenarnya petang semalam tak ada kerja nak buat..sangat bosan..mak pun suruh kait rambutan..so dengan rela hati pergi la kait..payah betul nak kait buah sebab galahnya macam haremm..berat okey! tak cukup panjang, lepas tu sambung pakai kayu apa entah..tu yang berat semacam.. hasilnya boleh tahan la..ada la dalam 2kg kot..

aku amek pic ajoi je..malas nak amek pic aku sebab pakaian adalah tidak sesuai untuk tontonan umum.. malas aku nak pakai tudung la seluar jeans la..jadah apa pulak nak bersiap bagai padahal nak berkebun... cehh! kebun la sangat.. padahal mengutip hasil tanaman aje kan..

lepas tu ayah pulak sambung amek jantung pisang..ok lupa nak bagitahu, kawasan rumah aku luas..aku duduk tanah lot..so korang jangan pelik la if area rumah aku siap ada macam macam benda..kolam ikan pun ada..bukan kolam ikan yang siap air pancut tu ehh..ni kolam betul betul..yang boleh memancing..ada ikan keli dengan talapia merah..depan rumah aku jugak boleh main bola sepak dan apa jua jenis sukan sebab tanah lapang banyak..hehehe..

kat facebook aku tulis status "penat berkebun"..tapi kawan aku tak percaya..diorang cakap aku berkebun farmville dalam fb..cehh! ape barang wehh..nie haa bukti aku berkebun..tapi gambar aku tak ada la atas alasan seperti diatas :

ayah tengah mencari jantung pisang menyorok
ajoi..tengok galah tu sambung dengan kayu ape?
ajoi tengah gigih

ajoi tercucuk pokok kat sebelah tu

hasil jantung pisang yang dikait..rambutan lupa nak snap

upgrade streamyx

mula mula nak cerita time 1st time pergi TMpoint nak upgrade speed streamyx..aku pergi hari khamis minggu lepas (23dec)..tapi tak boleh upgrade katanya tak bayar bil.. a day before aku dah settle bil semua tapi maybe sebab aku bayar pakai cimb clicks so tak sempat update lagi..so pulanglah aku semula kerumah tanpa upgrade walaupun aku dah buang masa sejam tunggu no aku dipanggil..

tadi aku pergi lagi sekali, meneruskan perjuangan mengupgrade..tunggu punya la lama bila dah sampai giliran, officer tu cakap tak boleh upgrade sebab aku punya pakage cool unipax.. now dah tak ada so dalam system dah tak boleh upgrade..

duhh, dalam agreement tak ada pun, plus before nie aku kan dah datang, orang tu cakap boleh..so tadi dia cakap dia try tukar and in 3 days cuba check pakai spedometer..if exceed  2Mb, means berjaya la and bil start kena bayar untuk 4Mb..if tak, automatik bil akan jadi 2Mb balik..so lets see adakah berjaya atau tidak in 3days more ya!

rumah aku current 2Mb sahaja..adik aku la bising suruh upgrade sebab dia nak main online game susah..ada lagging..lagipun pakage cool unipax tak mahal macam blockbuster if pakai 4Mb pun..tak lebih rm100 per month..so upgrade jela kan..

macam biasa, nie bukti aku membuang masa di TMpoint khamis lepas and tadi..


ramai lagiiiii
2mbps >> 4mbps

i ♥ bandung

ok kat sini bukan aku nak cerita aku pergi melancong kat bandung..memang tak la kan..memang impian tapi tak kesampaian lagi sekarang nie..tengok la nanti dah kerja, kalau ada rezeki boleh la pergi..sebenarnya nak say thanks to my future sister in law..hahaha..future hah! harap harap jadi la kan..

by the way, her name is fatin nabila..adik punya girlfriend..dia pergi melancong kat bandung with her family so she bought me a shirt..thanks ya! lebiu...hahaha )orang bagi buah tangan baru nak lebiu kan) tak ada la keji sangat macam tu okey..aku sangat excited la dapat ole ole..bukan senang aku nak dapat apa apa..hehe..so here it is:


i love bandung! (nasib baik muat okey) hahaa

Monday, December 27, 2010

Forheart-Perlukah (dedikasi buat kamu)


buat sidia yang telah lama hilang dari pandangan mata namun tidak dihati ini..i tahu girlfriend you ada baca blog ini..i harap girlfriend you akan sampaikan kat you apa yang i tulis kat sini...i selalu terkenangkan you..tapi tak bermakna i gila bayang or whatever..tapi percayalah hati ini akan menari nari lagu indah jika kita BERSAHABAT semula, wahai najmi..

even my mum pun ada sebut sebut nama you..mungkin you jugak dah memberi impak dalam hidup my mum..dia ingat lagi favourite you, kangkung goreng.. hm,i nak bagitahu satu dunia yang i miss you! sorry to your girlfriend, deep in my heart i'm not trying to steal you back but i just want to be your friend..let past be the past, let Allah do His work..menentukan takdir hidup kita semua..aku pasrah dengan warna warna hidup ini, biar takdir menetukan segalanya, biar masa menceritakan perjalanan hidup kita...

hari menginsafi diri (-___-)

gambar hiasan semata mata

sedih betul hari ini..tadi pagi pagi lagi dah bangun..hantar adik kat bus station, dia nak balik subang, ada exam hari ini..GOOD LUCK bro! nanti dah lulus and dapat kerja jangan lupa kakak mu yang comel lotte nie..belanja la makan sedap sedap..hehe.. (motif asyik nak makan aje? tak insaf lagi ke?) haishh..

cerita pasal insaf nie, sebenarnya lepas hantar adik tadi, aku pergi tesco dengan mak..nak beli barang la..so breakfast dulu kat food court tesco tu..start dari situ la aku dah nampak sorang mamat nie..gelap gelap macam india, tapi not so sure la..aku tengok dia ke hulu ke hilir pegang seluar..gaya dia pegang seluar tu aneh taw tak..dia macam seluk tangan dalam seluar and then kepit tangan dia kat pinggang seluar tu..

dalam hati aku dah rasa semacam..apa kena mamat nie..tak betul ke? tak malu ke pegang seluar macam tu..lepas tu masa nak gerak masuk tesco, aku lalu sebelah dia..Ya Allah, dia pegang seluar macam tu sebab seluar dia besar..maybe saiz aku kot..tapi dia yang keding (aku rasa saiz dia 27) pakai seluar saiz aku..patut la dia pegang je dari tadi..kalau dia lepas sure londeh..kesian duhh! rasa nak nangis je kat situ..dia pakai baju terbalik and baju dia lebih kurang macam roti kirai.. lubang sana sini..kesiannya (T_T)

lepas tu dalam kepala aku dah ligat fikir dan mengenang nasib dia..terlalu miskin kah? kalau la rumah aku sebelah tesco tu, aku dah balik dan amek semua baju yang elok elok lagi tapi dah tak pakai bagi kat dia (motif tak pakai?) yelah kan, aku ada terfikir gak, kita nie baju dah lama, lusuh, corak dah hilang sikit sikit dah tak nak pakai, simpan je dalam kotak..orang lain tengok la macam mana..dah koyak rabak weh tapi still pakai.. so sad!

kalau korang tengok entry sebelum nie, aku join contest pasal iphone and BB kan..bukannya kalau menang dapat salah satu phone tu..cuma memberi pendapat tentang phone tu sahaja..aku join contest tu sebab aku juga ada keiginan nak pakai phone tu..tapi lepas kejadian tadi, aku tak nak dah pasang angan angan pakai barang mahal macam tu..phone aku sekarang nie pun bukan tahap keperluan dah tapi kehendak.. but maybe somedays aku akan pakai jugak barang barang mahal but lepas aku kerja and ada duit hasil penat lelah sendiri la..

ok cerita tak habis dekat situ je..aku keluar la tesco selepas membeli belah..ohh, beli lauk pauk aje.. mak singgah balik kat food court sebab nak beli nasi lemak untuk mereka yang ada kat rumah..aku nampak lagi mamat itu..dia tengok budak main kat game arcade tepi food court tu..lepas tu dia pergi kat meja meja yang orang dah habis makan..ada satu budak nie, dia makan tak habis..lepas tu dia pergi basuh tangan..umur budak tu aku rasa dalam darjah satu..

budak tu macam berdua je dengan kakak dia..aku tak nampak pulak parents dia..kakak dia pun dah habis makan and dah belah pun pergi kedai kedai tepi foodcourt tu..tiba tiba kan, budak tu jerit panggil kakak dia..dia jerit "kakak! tengok tu india tu!" kakak dia buat tak tahu je..aku yang sibuk tengok kan..korang tahu tak apa india tu buat???

india tu makan sisa makanan yang budak tu tinggal tadi..SAYU gila hati aku tengok wehh..yang bertambah sentap gila bila budak tu balik dari basuh tangan, dia pergi dekat india tu dan renjis air dari tangan dia ke muka mamat tu...pehhh! dalam hati aku dah rasa ringan tangan nak penampar budak tu..tapi siapa la aku kan..

aku biarkan aja,sedihnya ya amat..tak terkata..aku bayangkan kalau la aku jadi mamat tu.. mesti aku dah gila atau bunuh diri..nauzubillah.. kuatnya hati dan iman mamat tu (kalau dia india or kafir aku tak tahu la kan) tapi serius aku rasa sangat insaf..aku ada jugak rasa malu kadang kadang sebab aku pakai kereta lama dan agak buruk, orang lain pakai kereta cantik and mahal tapi bila fikir balik, atleast ada kereta..tak perlu jalan kaki..tak perlu berhujan berpanas..kenapa perlu malu?

kalau tengok blog aku, tak habis habis cerita pasal makan kan..fast food sana sini..makan tak ingat dunia sampai gemuk tembam tembun macam nie..orang lain tu nak makan pun susah..makan sisa orang pun kena marah..alahai sedihnya..walaupun aku mampu nak beli makanan sedap sedap and mahal (maksud aku bukan makan hotel ke ape..tapi mcd pun mahal kot! prosperity belas belas ringgit..ke korang rasa murah?)..

tapi kadang kadang tu tak sedar, tak teringat dan tak terfikir yang aku nie terlalu banyak membazir..even mampu sekalipun, kita kena sedar..sedar diri!! makan tu cukup sekadar menghilangkan rasa lapar..makan makanan mahal cukup la hanya untuk merasa nikmat dunia..bukannya makan sampai jemu..tak larat dah nak hadap mcd..enon enon..apa nak jadi nie?

aku sangat pasti, ramai lagi orang di luar sana yang lebih miskin, lebih pedih hidupnya tapi mereka masih mampu meneruskan hidup..kenapa kita yang serba lengkap nie tak pernah puas, tak pernah bersyukur dengan apa yang kita dah miliki?? haishh..insaflah wahai manusia!! aku doakan mamat tadi tu berjaya menempuh dugaan hidup beliau..semoga Allah memberikan sinar bahagia buatnya satu hari nanti..dan aku juga berdoa agar Allah tetapkan hatiku agar menjauhkan aku dari kekufuran dan sentiasa bersyukur dengan RahmatMU Ya Allah..Amin Amin Amin Ya Rabbal A'lamin..

Iphone 4 ke Blackberry Torch





ok..ini second contest yang aku join..daripada syed muzzamir , seorang blogger yang aku baru je baca blog beliau few days back..very nice blog ok..rasa macam ketagihan membaca blog beliau..hehehe.. kemudian beliau telah mengalu-alukan untuk aku menjoin contest beliau, lalu aku pun join la since aku pun memang teringin tahap donkey dok deq nak pakai one of this phone..

so beliau suruh memilih, from this two, suggestkan kat beliau mana yang patut dibeli.. dan aku pun berfikir lalu menjadi konpius jugak..sebab both aku berkenan..actually tak berapa berkenan dengan torch..aku more prefer bold..tapi since iphone 4 nie lagi nampak macho dari BB torch.. aku suggestkan la IPHONE 4 .. sebab aku rasa BB torch bunyi dia macam torch light..so not nice..hahaha... and other reason is aku rasa kaum adam lebih nampak macho jika memiliki iphone compared to BB..

sekian sahaja dari aku, cik enon lalalaa~

Sunday, December 26, 2010

penipu!

tengok harga tu..benda yang sama tapi harga lain lain..yang murah tu dia cakap dah habis stock..kertas habis stock tu aku yg alihkan ke tepi sikit..nak amek bukti yang harga pizza nie dah naik banyak gilaaaa!


haaa..tu je sebenarnya aku nak tunjuk..bukan penipu apa..saja nak buat tajuk kontroversi sikit..hehehe.. kenapa ehh? menyesal aku beli 2 je pizza tu hari tu..owh, kat entry lepas aku cakap harga dia rm2.40 kan? silap eh..rm2.20 je sebenarnye..tapi after a week, harga dia naik jadi rm5.90? whatttt theeee f? haiyohhh..

konon la letak kertas out of stock..padiyyyaaa! maybe rm2.20 tu promo price je kot kan..lepas orang dah try and nak beli lagi, harga naik pulak..naik banyak lak tu..duhh duhh duhhh! terus tak jadi beli... kecik je weyh.. besar sikit dari piring cawan kopi..macam standard besar piring kuih muih gitu.. if nak naik harga, biar la padan sikit dengan saiz kan..rm3-rm4 tu boleh la..nie dah sampai dekat 6 hengget, baik beli personal pan pizza hut!

ohh,sudah la membebel..malas mau jadi mak nenek bebel panjang panjang.. ohh, tahun 2010 sudah mahu melabuhkan tirainya..azam baru korang ape? dah ada ke? aku belom lagi..tengah fikir..hehehe

tea time



jemput2 udang sedia dimakan!


nampak sedap tak? haha.. tak nampak sedap pun..sebab bentuk dia sangat la buruk..pemalas nak guna tangan..so tak bulat..leper macam kena gelek lori je..hahaa..and paling aku tak suka adalah jemput jemput yang bubuh soda..nak bagi kembong tu..tak sukaaaa! nanti kalau terlebih mesti pahit..so ini adalah tanpa soda..erkk! nie jela sebenarnya aku nak tulis..tak ada apa pun tapi since pics dah ada dalam pc..so kasi update lah..MAKANAN LAGIIIII????


Thursday, December 23, 2010

makan makan dataran MBI

tadi aku bersama qilah, auntie aku dan anak dia pergi makan makan kat dataran majlis bandaraya ipoh (MBI).. aku makan bihun sup and milo ais..suasana sangat romantik sebab baru lepas hujan..ngeh! tu je nak cerita, malas nak taip panjang panjang..enjoy the pictures..

qilah..my liltle sis

qilah tengah reply msg bf die kot, my auntie

my auntie gumbira dapat makan char kuetiaw

my auntie's daughter..cousin aku la kira..

makan depan bangunan MBI


mine!

Wednesday, December 22, 2010

buns to die for!!

ini cerita hari isnin lepas..hehehe..baru sekarang boleh update sebab card reader hilang..cable pun entah kemana lesap..so nie cerita makan roti boy je..tak ada apa apa yang menarik pun..

last monday bawak my auntie pergi bayar loan kereta and then pergi service kereta dia konon konon nak pergi cameron selasa tu..tapi bila balik malam tu, tengok berita yang bas tergolek tu..terus seram sejuk..cancel la nak pergi cameron..rasanya tak akan pergi dah dalam masa terdekat nie..fobia tengok luggage pelancong tu semua basah dengan darah..seraaaammmm!

lepas settle semua urusan, kami ke tesco ipoh..bayar utilities bill dekat post office dalam tesco tu..shhopping light light and then makan! aku makan cendol je masa tu.. sebab masih kenyang makan nasi goreng pagi tu..jalan jalan sikit and nampak roti boy..harus beli dulu sebelum pulang..muahaha..asyik makan je aku nie!

beli dua sahaja..original rotiboy and buttermilk..aku suka original lagi la..sebab buttermilk tu rasa masin sangat dalam dia..tak boleh nak terima sangat tekak aku nie..so,seperti biasa tengok la gambar yang disajikan ini..khas buat korang..hahaha


original rotiboy

buttermilk
berjaya jugak aku sorok rambut.. hehe.. malas nak pakai tudung, time nie dah dekat rumah so kasi edit sudah.. asalkan tak nampak rambut kan..teheeee

Monday, December 20, 2010

puding oreo!

finally!!! jadi jugak la puding oreo aku nie..dah berapa minggu postpone tak buat buat..bahan dah beli lama dah..so tadi gigih la buat..nasib baik everything turn great! ahah.. bukan nak puji diri sendiri tapi puding adalah makanan campak campak.. means korang masuk la gaul la macam mana pun result die tetap sama...tak macam cake yang banyak pantang larang tue..

kat facebook pun ada orang mintak resepi and here it is:

bahan bahan
  1. agar agar serbuk (kalau strip pun boleh jugak tapi elok guna yang serbuk)
  2. biskut oreo (ikut suka la nak perisa apa pun..aku pakai coklat)
  3. susu isian sejat..ataupun susu cair..fresh milk also can..
  4. gula (tak payah pic la kan, tak kan gula pun tak kenal, hahha)
  5. air (tak perlu ade dalam pic jugak..air kosong ye, jangan buh air teh pulak)

ok..cara cara membuat puding oreo:

blend biskut oreo menjadi halus..jika suka kasar kasar, pecahkan menggunakan senduk sahaja..tak payah blend..hasilnya seperti dibawah..ya, blend bersama sama creamnya..tak payah buang..membazir..hehehe.. tinggalkan 3 keping biskut oreo sebagai hiasan kelak..
    patutnya guna yang dry blend tu..
    tapi hilang tak jumpa so guna ini pun boleh..
    oreo yang telah diblend dan dipecah pecahkan...
selepas itu, masukkan agar agar kedalam periuk..beserta dengan air sebanyak lebih kurang 600ml..pasang api dapur..biarkan agar agar tersebut larut..

kemudian, masukkan gula satu senduk atau lebih kurang 150gram..kemudian kacau sehingga kesemua bahan tadi larut sepenuhnya..

seterusnya masukkan satu tin susu cair..biarkan bahan bahan mendidih sedikit dan kemudian masukkan oreo yang sudah di blend tadi..hasilnya:

setelah dicampur semua bahan bahan

kemudian, tuangkan kedalam bekas yang anda suka..tak kisah la bentuk apa sekali pun..

bekas yang baru dibeli kerana kecomelan yang terserlah

hiaskan dengan kepingan oreo yang lebih tadi
sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam fridge..nanti fridge korang rosak simpan benda panas panas.. (tips berguna) hahahaha.. tunggu sehingga larutan agar agar tadi beku dan sedia untuk dihidang..makan sejuk sejuk lagi best..

sudah beku..sedia dihidang!
sudah siap dipotong..tunggu nak ngap aje!
pesanan penaja:
apa macam? nampak sedap tak? selamat mencuba rakan rakan! chewaahhh... resepi nie datangnya dari aku sendiri..so kalau nampak macam simple sangat, apa kata korang modify bubuh macam macam..and nanti bagitahu aku..boleh aku cuba pulak...ok..c ya! thanks for reading yawww~

Saturday, December 18, 2010

hari ini dan semalam!

cerita semalam...

pergi tengok aku masih dara..bersama cik qilah (adikku)..serius la cerita tu so-so aje..aku bagi 2 bintang je daripada 5.. jalan cerita kita dah tahu ending dia apa..baru masuk cinema setengah jam dah terasa macam cerita tu dah nak habis..tapi tak habis habis..

penat tunggu bila nak habis..sebab tak habis habis pompuan 3 ekor tu tayang body and peha diorang yang konon putih gebu tu..skirt memang dah tak boleh pendek lagi..standard underware aje..huh.. nasib baik tiket murah je..rm6..kalau tak mahu aku mengamuk..

so lepas nie if nak tengok movie, aku akan ke ipoh parade sahaja..sebab apa? MURAH.. kalau kat JJ RM11 okey...gila mahal..even cerita tu dah lama and weekdays..kalau rabu, tiket rm9.. wadefak! mahai betol.. tak sanggup aku..kalau cerita best tak apa la..nie buatnya merepek macam aku masih dara tu? hampesss!



cerita hari ini pulak...

aku ke kenduri kawin..menjadi driver kepada auntie aku..kerani sekolah dia punya wedding..menu dia nasi putih, nasi hujan panas, daging masak hitam, ayam goreng rempah, pecal, dalca udang, sambal belacan, ikan masin, buah orange sunkist, bubur pulut hitam, bubur jagung dan bubur gandum + sagu.. aku  tak rasa semua lauk sebab aku amek nasik hujan panas tu..mana ngam makan dengan ikan masin la pecal la.. so aku amek sikit sikit je..lepas tu bedal bubur semangkuk..hehehe =)

kat bawah nie ada sikit pics aku amek..tak amek time makan..malu..ramai orang..hehe..


pelamin..tema hijau putih..

goodies bag

mari tengok apa isi perut itu bag

dan ini tuan belog yang ala ala besar lori

Friday, December 17, 2010

gardening bersama cactus kesayangan

kali nie bukan cerita pasal makanan dah..rehatkan mata anda dari tengok makanan dibelog nie eh..hehe..so hari nie nak cerita pasal kaktus aku yang dah beberapa minggu ditanam..kan hari tu aku ada pergi cameron..so beli 7 jenis kaktus untuk menambah koleksi yang ada..maka bergardening lah aku seorang diri..malas nak beli pasu banyak banyak, so beli satu yang besar and tanam semua..nanti agak agak dah makin membesar anak anak kaktus kaktus itu, maka akan di ubah masuk pasu besar pulak..

dulu aku guna baja kaktus yang cecair kaler hijau tu..tapi akibat sedikit mahal dan macam malas nak sukat air semua, aku beralih ke baja organik hampas teh..dibeli di cameron highland.. best gak guna baja nie..kaktus aku pun semua segar bugar je..hehehe

tengok gambar pulak la eh..malas nak taip panjang panjang dah...


new collection

lama punya..masa kat rumah sewa dulu nampak macam dah nak mati..
sebab aku pandai sangat, die dah naik tinggi tiba tiba aku potong guna gunting..
nasib baik dia naik balik..

nie lama punya jugak..masa kat rumah sewa, kucing dah jatuhkan..
aku pulak tak perasan..tapi bila dah bawak balik, nampak sihat je..
ada harapan nak hidup lebih lama agaknya..

lama punya jugak..yang nie selalu gugur yang bulat2 tu..
kucing selalu langgar..tapi mana yang gugur tu,
if cucuk kat tanah,nanti dia hidup la..

lama punya..kaktus paling disayangi..
kerana ia membesar dengan amat pesat sekali..haha


guna tanah jenama bagus..memang bagus..
nie 3 mix soil..tanah paling baik untuk tanaman..

ohhh! ini la baja hampas teh..
murah je rm2 sepeket..bagus untuk tanaman..